sukan

Euro : Keputusan aksi Sepanyol berdepan Croatia

Gol pada separuh masa pertama daripada Alvaro Morata, Fabian Ruiz dan Dani Carvajal membantu Sepanyol meraih kemenangan 3-0 ke atas Croatia, sebentar tadi.

Keputusan itu memberikan juara 2008 dan 2012 itu permulaan yang sempurna untuk kempen Euro 2024.

Morata memecah kebuntuan pada minit ke-29 selepas Fabian membelah pertahanan Croatia dengan hantaran sempurna untuk membolehkan kapten Sepanyol itu gol menewaskan penjaga gol, Dominik Livakovic.

Fabian menambah gol kedua tiga minit kemudian dan pemain pertahanan, Carvajal meledak gol ketiga sebelum rehat apabila menyudahkan hantaran pemain termuda di Euro, Lamine Yamal.

Croatia memperoleh gol menerusi Bruno Petkovic yang berjaya meletakkan bola ke gawang Sepanyol menerusi tindakan susulan selepas sepakan penaltinya diselamatkan penjaga gol, Unai Simon.

sumber:- BH

Namun, jaringan pada minit ke-80 itu dibatalkan kerana pemain Croatia menceroboh kawasan penalti semasa sepakan penalti diambil Petkovic. – REUTERS