Pemain gantian, Wout Weghorst meledak gol kemenangan pada minit ke-83 untuk membantu Belanda bangkit menewaskan Poland 2-1 dalam aksi Kumpulan D Kejohanan Eropah, sebentar tadi.
Weghorst menyempurnakan hantaran menarik yang dilakukan Nathan Ake untuk memastikan tiga mata penting buat skuad Oranje.
Poland mencipta kejutan apabila meraih gol pembukaan pada minit ke-16 hasil ledakan Adam Buksa yang disenaraikan dalam skuad bagi menggantikan penyerang utama, Robert Lewandowski.
Lewandowski terpaksa diketepikan daripada perlawanan itu susulan masalah kecederaan.
sumber:- BH
Belanda bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan di Volksparkstadion, 13 minit kemudian apabila rembatan Cody Gakpo terkena pemain pertahanan Poland, Bartosz Salamon sebelum menerjah jaring. – REUTERS