sukan

Oman ternyata gagal bantu Malaysia

Harapan skuad Harimau Malaya mencipta sejarah ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 tidak kesampaian meskipun berjaya meraih kemenangan 3-1 ke atas Taiwan pada aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Ini selepas Oman tidak membantu kemaraan skuad negara apabila mereka terikat 1-1 dengan Kyrgzystan pada aksi terakhir Kumpulan D di Kompleks Sukan Sultan Qaboos, awal pagi tadi.

Keputusan ini menyaksikan Oman menjuarai Kumpulan D dengan 13 mata sementara Kyrgyzstan muncul naib juara dengan 11 mata.

Ketika Oman diletakkan harapan untuk membelasah Oman dengan tujuh gol, mereka terlebih dahulu ketinggalan pada minit ke-19 menerusi jaringan Eldiyar Zarypbekov.

Namun jaringan sendiri Erzhan Tokoyatev pada minit ke-57 membolehkan Oman mengikat kedudukan kepada 1-1.

Kedua-dua pasukan buntu mencari gol kemenangan sehingga wisel penamat dibunyikan dan mereka terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata pada aksi terakhir.

sumber:- BH

Kegagalan skuad bimbingan Kim Pan Gon menamatkan saingan dalam kelompok dua teratas pusingan kedua kelayakan membuatkan mereka terlepas slot automatik ke Piala Asia 2027 dan perlu berentap pada pusingan kelayakan Piala Asia 2027.