sukan

Kunci sebenar kejayaan Indonesia layak

Indonesia menjadi wakil tunggal dari Asia Tenggara berjaya melayakkan diri ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 .

Selepas menewakan Filipina 2-0 dalam aksi terakhir Kumpulan F, negara jiran itu layak secara automatik ke Piala Asia 2027 dan pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026.

Indonesia membariskan pemain naturalisasi berkualiti seperti Justin Hubner (Cerezo Osaka), Jay Idzes (Venezia), Thom Haye (Heerenveen), Nathan Tjoe-A-On (Swansea City), Calvin Verdonk (NEC), Ragnar Oratmangoen (Fortuna Sittard) dan Rafael Struick (ADO Den Haag) yang beraksi bersama kelab divisyen satu di liga Eropah dan Asia dalam kesebelasan utama skuad Garuda.

sumber:- Stadium Astro

Untuk rekod, dalam tiga tahun terakhir Indonesia sudah memiliki 13 pemain naturalisasi yang bermain di liga Eropah.