sukan

Indonesia kembali pintas Malaysia

Pasukan bola sepak Indonesia berjaya lolos ke Pusingan ke 3 Piala Dunia sekaligus menempah slot ke Piala Asia 2027 apabila menewaskan Filipina 2-0 malam tadi.

Timnas Garuda berjaya menundukkan Filipina 2-0 dalam perlawanan terakhir kumpulan untuk Pusingan ke 2 Kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia di Stadium Gelora Bung Karno. Jaringan menerusi Thom Haye pada minit ke 32 dan Rizky Ridho minit ke 56 berjaya mengesahkan tiket ke pusingan Kelayakan Piala Dunia Pusingan ke 3, dan seterusnya slot secara merit ke Piala Asia 2027.

Kemenangan itu menyaksikan mereka memperoleh mata tambahan ranking FIFA sebanyak +11.73, sekaligus memperoleh mata keseluruhan 1108.73 untuk naik ke kedudukan 133 dunia. Ini menyaksikan mereka berjaya memintas kedudukan Kepulauan Faroe, Rwanda, dan Malaysia.

sumber:- Stadium Astro

Manakala bagi pasukan Harimau Malaya, kemenangan 3-1 ke atas Chinese Taipei menyaksikan peningkatan 2 anak tangga setelah memperoleh tambahan mata sebanyak +10.23 di mana menjadikan mata keseluruhan 1107.58 untuk menghuni tangga ke 134 dunia.