sukan

Ranking Harimau Malaya Lonjak lagi selepas aksi berdepan Taiwan

Harimau Malaya berpeluang melonjakkan diri ke kedudukan lebih baik dalam ranking semasa FIFA selepas perlawanan menentang Chinese Taipei malam ini.

Menerusi kemaskini terbaru, Harimau Malaya berada di kedudukan 135 dunia, naik 3 anak tangga selepas pertemuan menentang Republik Kyrgyz pada 6 Jun lalu. Ini menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon itu berjaya memungut mata terkumpul sebanyak 1097.35 dalam ranking FIFA.

Lebih menarik, Harimau Malaya sekali lagi mampu untuk memperbaiki kedudukan ranking apabila pertemuan malam ini turut bakal menjadi penentu sama ada layak ke Pusingan ke 3 Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027.

Sekiranya Malaysia berjaya meraih kemenangan ke atas Chinese Taipei, mata tambahan sebanyak +10.23 akan diperoleh menjadikan mata terkumpul sebanyak 1107.58 dan menempatkan Malaysia di kedudukan 133 dunia, memintas Kepulauan Faroe dan Rwanda.

sumber:- Stadium astro

Namun sekiranya seri atau tewas, penolakan mata sebanyak -2.27 dan -14.77 akan berlaku dan sekaligus menolak kedudukan Malaysia jauh lebih ke bawah dalam senarai ranking. Akan tetapi, harus diingat bahawa jika Malaysia dan Indonesia (vs Filipina) meraih kemenangan serentak, Indonesia akan berada di kedudukan 133 dunia manakala Malaysia akan berpuas hati di tangga 134 dunia.