sukan

Gary White ‘salahkan’ penyokong Malaysia

Ketua jurulatih Taiwan, Gary White seakan memberi bayangan bahawa kekalahan 1-3 pasukannya kepada Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi dibantu oleh penyokong Harimau Malaya.

Mengakui penyokong Harimau Malaya mencetuskan atmosfera yang menakjubkan, pengendali dari England itu tetap berbangga dengan persembahan yang dipamerkan anak buahnya terutama pada babak pertama.

Beliau berkata, faktor kepenatan menjadi antara punca pasukannya bolos dengan jaringan ketiga Harimau Malaya pada penghujung perlawanan.

“Pertama sekali saya ingin katakan, terbaik. Penyokong anda sangat menakjubkan dan anda patut berbangga dengan mereka,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

“Babak pertama kami mendahului 1-0 dan mungkin patut jadi 2-0 sebelum rehat. Kami kurang menjadi di dalam kotak penalti dan gagal menambah jaringan.

sumber:- SA

“Namun, saya bangga dengan semangat dan keinginan pemain yang mana mereka menunjukkan perjuangan mewakili rakyat Taiwan.”Kekalahan kepada Harimau Malaya menyaksikan Taiwan menamatkan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di kedudukan tercorot Kumpulan D tanpa sebarang mata apabila tewas semua enam perlawanan.