sukan

TERKINI: Wei Chong-Kai Wun pamer aksi dramatik di Final Terbuka Indonesia

Gandingan muda negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menamatkan saingan Terbuka Indonesia selaku naib juara Terbuka Indonesia, sebentar tadi.

Selepas terkandas pusingan ke-16 Terbuka Singapura minggu lalu, gandingan muda negara, Wei Chong-Kai Wun, mencipta kejutan apabila melayakkan diri buat kali pertama ke pentas akhir Terbuka Indonesia Super 1000.

Juara Terbuka Taiwan BWF 2023 itu menewaskan wakil tuan rumah, Sabar K. Gutama-Moh Reza Isfahani, 29-27, 21-13.
Berdepan cabaran China, Liang Wei Keng-Wang Chang, Wei Chong-Kai Wun, mencari peluang untuk memastikan kemenangan pertama daripada empat pertemuan bertemu lawan tersebut.

Set pertama permainan kelihatan seimbang di awal permainan, sebelum beregu negara itu mula mempamerkan rentak dalam memburu mata demi mata sebelum memastikan kemenangan 21-19.

Beregu negara terus memberikan tentangan kepada juara Kejohanan Asia 2024 itu di awal set kedua hingga berjaya mendahului 14-10. Bagaimanapun China bangkit memperkemaskan permainan untuk mengheret permainan ke set penentuan apabila menang 21-16.

sumber:- Stadium Astro

Segalanya serba tidak menjadi buat Wei Chong-Kai Wun dan mereka terpaksa akur dengan kekalahan 12-21 sekaligus bergelar naib juara.