sukan

Terima kasih penyokong, terima kasih TMJ

Pelumba Johor Darul Ta’zim (JDT) Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah, mengakui masalah pada jentera menggagalkan hasratnya untuk menamatkan saingan selaku juara.

Namun dia tetap berjaya memperbaiki aksi di perlumbaan pertama pada Sabtu setelah menamatkan saingan sebagai pelengkap kedudukan podium.

“Kita berjaya habiskan pusingan ketiga, kedua-dua perlumbaan saya habiskan di podium.”Jadi ia bukan mudah memandangkan jentera saya tiada maklumat berkenaan gear, jadi pasukan kagayama membantu kamu. Dalam sektor ketiga tetapi menjadi kelemahan kami. Saya akan berusaha dengan lebih keras di Mandalika kerana kejuaraan masih panjang.”

“Terima kasih kepada penyokong yang banyak memberikan sokongan, terima kasih Tengku Mahkota Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim (TMJ), saya akan berusaha lebih keras.” katanya.

Dalam pada itu, Md Akid Aziz daripada pasukan Pitsbike Oneway JRT Tech 2 Racing Team membuktikan keunggulannya bukan sahaja dalam kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2024 tetapi juga tampil dengan kualiti yang tersendiri dalam pusingan ketiga Kejuaraan Motorsikal Asia (ARRC) di Litar Motegi, Jepun hari ini.

sumber:- Stadium Astro

“Minggu ini bukan mudah kerana kami tetap akan mencari tetapan yang terbaik. Saya berharap pusingan keempat lebih baik.
“Tanpa pasukan mmungkin sukar, kami akan sentiasa berkerja dan menambah baik perlumbaan.” katanya.