sukan

Amri Yahyah masih berbisa

Langkah kanan PT Athletic meletakkan pasukan sebagai antara pilihan dalam kancah Liga A1 Semi Pro MBSB Bank Championship musim ini.

PT menepati ramalan menyudahkan perlawanan di Stadium MMU, Cyberjaya, petang tadi dengan kutipan mata penuh selepas mengatasi Bukit Tambun 3-1.

Pada awal babak, kedua-dua pasukan saling mengintai peluang untuk mencetak jaringan, namun gol pembukaan hanya terhasil pada minit terakhir separuh masa pertama menerusi Amri Yahyah beberapa saat sebelum wisel ditiupkan.

Kedudukan selesa menjadi buruan PT sebaik memasuki babak kedua dan kali ini giliran Indra Putra Mahyuddin meledak pada minit ke-61.

Ancaman cuba dijelmakan Bukit Tambun menerusi Mohd Syafiq Helmi merapatkan kedudukan pada minit ke-92.Dan dalam tempoh dua minit, Bukit Tambun ada hasrat besar untuk mencipta kebangkitan, sekali gus mencari peluang gol penyamaan.

sumber:- Stadium Astro

Begitupun, ia sudah terlambat ditambah dengan gerakan solo Amri Yahyah meletakkan PT kembali di kedudukan selesa beberapa saat sebelum wisel penamat ditiupkan.