sukan

Komen Tran Duy selepas tumbangkan jojo tarik perhatian

Juara WMF Muay Thai lima kali dari Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat, menganggap Jaguh muay thai negara dan bintang One Championship, Muhamad Johan Ghazali Zulfikar, bakal menggegar arena sukan tempur itu pada masa akan datang.

Nguyen menambah koleksi peribadi kepada 15 kemenangan susulan kekalahan kali pertama atlet dari Sarawak itu.Sepanjang tiga pusingan tiga minit itu, Jojo tidak pernah mengundur, berusaha untuk mengasak lawan tanpa henti sebaliknya Nguyen mengambil pendekatan untuk melakukan serangan balas.

sumber:- Stadium astro

“Saya perlu mengakui bahawa Jojo sangat muda dan mempamerkan kekuatan yang hebat di sebalik mempunyai mentaliti yang seimbang.”Suatu hari nanti, dia pasti menjadi atlet yang hebat dan bakal bergelar juara dunia dalam ONE Championship,” kata Nguyen.