sukan

Ranking Malaysia melonjak selepas aksi berdepan Kyrgyzstan

Skuad bimbingan Kim Pan-gon berjaya mencatatkan peningkatan dalam kedudukan ranking FIFA selepas perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan, malam tadi.

Perlawanan yang berkesudahan dengan keputusan 1-1 itu menyaksikan Malaysia yang sebelum ini mengumpul 1094.54 mata berjaya memperoleh +2.81 mata tambahan, sekaligus menyaksikan lonjakan kedudukan daripada posisi 138 ke 135 dalam ranking FIFA.

Untuk rekod, seandainya Malaysia berjaya memperoleh kemenangan ke atas Kyrgyzstan, penambahan mata sebanyak +15.31 akan diperoleh. Namun, sekiranya tewas penolakan mata ranking adalah sebanyak -9.69.

sumber:- stadium astro

Peningkatan itu menyaksikan Malaysia berjaya memintas kedudukan Indonesia (136), Latvia (137), dan Lithuania (138). Kemaskini seterusnya akan diketahui selepas perlawanan terakhir kumpulan yang akan berlangsung pada 11 Jun 2024.