sukan

Posisi bebas Dion Cools jadi topik hangat perbincangan bekas pemain

Kelibat ketua pasukan kebangsaan, Dion Cools, yang diberi peranan bebas dalam separuh masa pertama bertemu Republik Kyrgyz mencetuskan pandangan berbeza oleh tetamu studio Nadi Arena, malam tadi.

Dalam topik perbincangan separuh masa pertama sempena siaran perlawanan kelima Kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 itu menyaksikan tekanan yang diberikan Cools ketika dalam situasi sepakan percuma pada minit ke-38 berakhir dengan tandukan Valerii Kichin ke gawang sendiri untuk kedudukan 1-1.

Namun, selepas ditempatkan di bahagian tengah sementara Safwan Mazlan menemani Dominic Tan di bahagian tengah pertahanan — ketua jurulatih, Kim Pan-gon, turut mengubah posisi pemain Buriram United tersebut ke sayap kanan, sekali gus menolak Akhyar Rashid ke bahagian kiri.

“Inilah kejutan dalam kesebelasan, kita dapat lihat kondisi baru.”Tapi kita nampak bahaya apabila Cools berada di atas,” kata legenda negara, Datuk Zainal Abidin Hassan.

sumber:- SA

Sambil memuji semangat juang barisan pemain, bekas penyerang negara, Safee Sali, pula berpendapat: “Atas faktor kelebihan selesa dengan bola dan Kim Pan-gon meletakkan dia bergerak bebas di atas padang.”Tapi kita belum nampak (sejauh mana) efektifnya.”