sukan

Penyokong Kyrgyzstan bengang

Harimau Malaya berjaya mengikat tuan rumah, Kyrgyzstan dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Bishek, malam tadi.

Perlawanan tersebut memperlihatkan semangat juang tinggi pemain-pemain Harimau Malaya meskipun menghadapi tekanan bermain di hadapan ribuan penyokong tuan rumah. Hasil daripada perlawanan tersebut menyaksikan Kyrgyzstan gagal untuk memanfaatkan kelebihan apabila sekadar terikat 1-1 hingga tamat permainan.

Hal ini mengundang rasa tidak senang penyokong-penyokong mereka kerana mereka menjangkakan kemenangan setelah dikecewakan Harimau Malaya dengan keputusan 3-4 di Bukit Jalil dalam perlawanan terdahulu.

Menerusi komen yang dilontarkan di laman sosial rasmi bola sepak Kyrgyzstan, rata-rata meluahkan kekecewaan mereka dengan aksi yang dipamerkan pasukan mereka. Mereka berasa pemain-pemain yang diturunkan tidak memberikan prestasi yang terbaik di atas padang, dan juga deretan-deretan peluang untuk menghasilkan jaringan juga tidak dapat diterjemahkan.

sumber:- stadium astro

Untuk rekod, Kyrgyzstan masih berpeluang untuk layak ke Piala Asia 2027 dan pusingan ke 3 kelayakan Piala Dunia 2026 seandainya mereka menang atau seri bertemu Oman, ataupun Harimau Malaya gagal untuk meraih kemenangan besar untuk merapatkan jurang perbezaan gol (GD) menentang Chinese Taipei pada 11 Jun 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil.