sukan

Kim Pan-gon tidak puas hati gol Kyrgyzstan

KETUA Jurulatih Bola Sepak Negara, Kim Pan-gon melahirkan rasa tidak puas hati terhadap gol dijaringkan Kyrgyzstan selepas Malaysia seri 1-1 dengan White Falcons itu di Stadium Dolen Omurzakov di Bishkek, malam tadi.

Keputusan perlawanan Kumpulan D pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 itu, menjejaskan misi Malaysia mencipta sejarah dengan layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia dan layak lebih awal ke Piala Asia.

Pan-gon berkata, pasukannya mahukan kemenangan dan telah memulakan perlawanan dengan baik.

Bagaimanapun bagi jurulatih berusia 55 tahun itu, gol Kyrgyzstan dijaringkan Gulzhigit Alykulov pada minit ke-24 sukar untuk diterima, disebabkan situasi terkena tangan pemain sebelum jaringan gol tersebut terhasil.

“Kami melihat untuk menang perlawanan itu, namum realitinya Kyrgyzstan lebih baik dari kami… kami bermula dengan baik, tetapi sukar untuk terima gol pertama, saya rasa sepatutnya ia tidak diterima kerana terkena tangan. Ia satu situasi sukar, namun kami dengan cepat kembali untuk 1-1, iaitu suatu yang bagus.

“Pada separuh masa kedua, kami berusaha lebih kuat lagi, namun gagal untuk menang… saya berpuas hati dengan kesemua pemain negara, hargai usaha mereka. I fikir mereka pasti kecewa. Mereka benar-benar mahu menang malam ini, tetapi keputusannya lain,” kata jurulatih dari Korea Selatan itu pada sidang media selepas perlawanan.

Alykulov berjaya melepasi pertahanan Malaysia untuk menjaringkan gol selepas menerima hantaran daripada penyerang Joel Kojo, yang dengan baik mengawal bola hantaran jarak jauh dari Kairat Zhyrgalbek Uulu.

Bagaimanapun keadaan menjadi seri selepas pemain pertahanan Odilzhon Abdurakmanov tertanduk bola masuk ke dalam gol sendiri hasil tendangan percuma Endrick Don Santos, dari sebelah kiri pada minit ke-38.

Keputusan itu melihatkan Malaysia terus berada di tempat ketiga Kumpulan D dengan tujuh mata – tiga mata di belakang Kyrgyzstan, yang mempunyai kelebihan gol sebelum perlawanan terakhir menakala Oman teratas dengan 12 mata dan telahpun layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.

Pada perlawanan terakhir kumpulan, Malaysia dalam keadaan bolos dua gol (-2), akan menerima kunjungan Taiwan di Bukit Jalil pada Selasa (11 Jun), manakala Kyrgyzstan dengan kelebihan enam gol (+6), akan ke Muscat bertemu Oman.

sumber:- SH

Jika Malaysia gagal ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026, Malaysia juga akan hilang kelayakan automatik ke final Piala Asia 2027 dan perlu bermain dalam pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 untuk melayakan diri buat kali kedua ke Piala Asia. – Bernama

Recent Posts

  • sukan

Sah Kelab Korea sertai Liga di Malaysia

Kancah Liga A1 Semi Pro 2025-2026 bakal menjadi pertarungan lebih meriah apabila 16 pasukan mengesahkan penyertaan dalam saingan separuh profesional… Read More

51 minutes ago
  • sukan

Komen wira Malaysia selepas aksi berdepan Pakistan

 Enam gol terhasil menghiasi pertembungan dua musuh tradisi iaitu Malaysia dan Pakistan yang sekali lagi berakhir dengan keputusan seri buat… Read More

3 hours ago
  • sukan

Peluang masih ada, bukan tertutup terus

Bekas pemain kebangsaan, S Subramaniam menyifatkan kehadiran ramai pemain warisan dalam skuad kebangsaan dan peningkatan jumlah pemain import di pentas… Read More

4 hours ago
  • sukan

Mereka Empat langkah kedepan

Perbezaan kualiti ditampilkan pemain warisan ketika membantu Harimau Malaya membelasah Vietnam 4-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium… Read More

5 hours ago
  • sukan

Masih terlalu awal untuk nilai Palmero

 MASIH sukar untuk menzahirkan gambaran sebenar tentang kemampuan Gabriel Palmero memandangkan pasukannya, CD Tenerife B yang meminjamnya daripada kelab La… Read More

5 hours ago
  • sukan

Dickson Nwakaeme kembali ke Kelantan

Hanya masa menentukan semula penyatuan kembali bola sepak Kelantan. Itulah harapan yang kini mula menyinar semula di hati peminat bola… Read More

8 hours ago