sukan

Keputusan aksi Zii Jia berdepan Kunlavut di suku Akhir Indonesia Open

Langkah perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, dalam Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia BWF berakhir apabila kecundang kepada Kunlavut Vitidsarn, sebentar tadi.

Zii Jia kembali dituntut berjuang untuk tempoh hampir sejam permainan di Istora Senayan selepas menewaskan Weng Hongyang semalam.

Situasi bagaikan dalam kawalannya dalam set pertama apabila mendahului 14-9 sebelum permainannya menjadi teragak-agak hingga membenarkan seteru dari Thailand itu mengutip enam mata berturut-turut dan menang 21-16.

Keringat Zii Jia terus dikerah dan dengan permainan kemas, dia memimpin set kedua 9-6.Namun, Kunlavut tidak pula sekadar berpeluk tubuh dan terus menghambat pendahuluan Zii Jia.

sumber:- SA

Kegigihannya itu terbayar tatkala kedua-dua pemain mempamerkan rali ke segenap gelanggang sebelum dia memungut lima berturut-turut untuk menghancurkan harapan Zii Jia.