sukan

Justin Hoh mahu slow-slow biarpun raih gelaran pertama musim ini

“Saya tidak mahu terburu-buru”, itu luahan perseorangan lelaki negara, Justin Hoh, apabila kini kembali beraksi di atas gelanggang sekaligus merebut gelaran pertamanya musim ini di cabaran Terbuka Slovenia 2024 setelah mengakhiri episod kecederaan yang mengakibatkannya dia berehat dalam tempoh yang panjang.

Walaupun Justin hanya mampu masuk ke kejohanan bertaraf Super 300 sahaja, dia tetap optimis untuk meraih lebih banyak pengalaman dan berasa selesa dalam pertarungan sebelum bersemuka dengan pemain di ranking terbaik dunia.

“Saya berharap dapat mendaki perlahan-lahan dan tidak terlalu terges-gesa, kemudian bermain dalam lebih banyak kejohanan nanti.

“Kemenangan ini sangat penting buat saya untuk mendapatkan rentak kembali, saya harap dapat konsisten untuk kejohanan di masa akan datang.

sumber:- SA

“Keyakinan memang sudah meningkat, walaupun kejuaraan kecil tetapi saya sangat menghargai. Saya tiada target untuk tahun ini dan bermain sehabis baik dalam semua kejohanan yang saya sertai.” katanya