sukan

Giliran Pearly Tan-M Thinaah buat peminat Indonesia terdiam

Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah, melepasi rintangan Apriyani Rahayu -Siti Fadia Silva Ramadhanti dalam pusingan 16 Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia BWF menerusi keputusan straight set di Istona Senayan, sebentar tadi.

Pearly-Thinaah mengetepikan kegugupan awal untuk mendahului set pertama, tetapi membiarkan wakil tuan rumah itu mengutip enam mata berturut-turut untuk kedudukan 16-16 tetapi debaran itu segera ditepis apabila mereka berhasil melakar kemenangan 21-18.

Situasi kurang selesa Apriyani yang masih bergelut dengan kecederaan digunakan sebaik mungkin oleh gandingan utama kebangsaan itu sebelum melebarkan pendahuluan kepada 15-10.

Tetapi ketika 18-15 di depan, Pearly mencetuskan cemas seketika apabila mengadu masalah di bahagian lututnya.

sumber:- SA

Nmun, ia tidak menghalang mereka untuk merapati kemenangan sebelum menutup perseteruan mereka kali ini dengan 21-19.
Mereka diramal berdepan pilihan nombor satu dari China, Chen Qingchen-Jia Yifan.