sukan

Alasan Jonatan selepas dimalukan Jun Hao buat penyokong Indonesia berang

Susulan kekalahan dalam pusingan 23 kejohanan badminton Indonesia Open 2024, Jonatan Christie atau lebih dikenali sebagai Jojo menjadi buah mulut peminat badminton Indonesia sejak semalam.

Jojo tewas di laman sendiri setelah pertarungan 3 set menentang pemain badminton negara yang sedang meningkat naik, Leong Jun Hao dengan keputusan 21-13, 16-21, 21-12.

Usai perlawanan, Jojo ketika ditemu ramah memberitahu bahawa terdapat beberapa faktor luaran yang mempengaruhi prestasinya termasuklah keadaan angin di Istora Senayan, Jakarta. Sehubungan itu, beberapa peminat badminton Indonesia meluahkan kekecewaan mereka di laman sosial rasmi badminton Indonesia.

sumber:- SA

Hal ini memberikan kebimbangan kerana 2 pemain perseorangan lelaki mereka, Anthony Sinisuka Ginting & Chico Aura Dwi Wardoyo turut tumpas awal di pusingan 32.