sukan

Prestasi Jun Hao amat memberangsangkan

Jurulatih perseorangan lelaki negara, Hendrawan, berazam membentuk Leong Jun Hao menjadi pemain yang mempunyai ketahanan mental jitu terutama ketika pada saat-saat genting bertemu lawan.

Dia menyifatkan peningkatan prestasi Jun Hao sejak daripada Piala Thomas lalu hingga ke suku akhir Terbuka Singapura amat memberangsangkan.

“Terbuka Indonesia menjadi kejohanan terakhir yang akan disertainya sebelum berehat dan kembali beraksi selepas Sukan Olimpik Paris,

“Dia akan menyertai kejohanan seperti Terbuka Jepun dan Korea Selatan dan dia perlu mengambil kesempatan berikutan ketiadaan ramai pemain senior yang akan menarik diri (selepas temasya Olimpik).

“Jadi dia perlu bersedia agar lebih stabil ketika berdepan pemain handalan,” kata Hendrawan di Nadi Arena sebentar tadi.
Sementara itu, penganalisis sukan tempatan, Sadek Mustafa, mengakui Jun Hao antara pemain terbaik pernah dilahirkan negara selepas kemunculan Datuk Lee Chong Wei.

Dengan usia Jun Hao yang menjangkau 24 tahun, Sadek yakin pemain ini memiliki masa depan cerah untuk berada dalam kelompok 10 hingga 15 terbaik dunia menjelang penghujung tahun ini.

sumber:- SA

“Dia telah membuktikan kewibawaannya sejak kembali daripada kecederaan.”Dia merupakan pemain muda dan perlu diberi tumpuan oleh (Persatuan Badminton Malaysia) BAM,” katanya.