sukan

Leong Jun Hao cipta kejutan terbesar di Terbuka indonesia

Perseorangan meningkat naik negara, Leong Jun Hao, mencipta kejutan terbesar apabila menyingkirkan pilihan ketiga tuan rumah, Jonatan Christie, dalam pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia di Istora Senayan, Jakarta sebentar tadi.

Turun sebagai pemain daripada senarai simpanan, tiada siapa menyangka Jun Hao mampu menumpaskan pemain nombor tiga dunia itu tetapi dia membuktikan perkataan mustahil tiada dalam kamusnya.

Dibezakan 29 anak tangga dalam kedudukan ranking BWF, Jun Hao jelas mendominasi set pertama, di mana dia tidak pernah ketinggalan sejak pukulan pertama sebelum menang 21-13.

Bahkan, dia juga menguasai fasa awal set kedua sebelum Jonatan bangkit menyamakan kedudukan 15-15 dan menang 21-16 untuk mengheret pemainan itu ke set penentuan.

Permainan Jun Hao semakin baik menerusi setiap pukulannya dalam set ketiga untuk mendahului 12-5 dan mengesahkan kejutan terbesarnya dengan meraih kemenangan 21-12 selepas bertarung selama sejam dan dua minit.

sumber:- SA

Dia seterusnya akan menantikan pemenang di antara dua perseorangan Taiwan, Chou Tien Chen dan Lin Chun Yi, bagi penentuan ke suku akhir esok.