sukan

Terbuka Indonesia: Keputusan aksi Pearly -Thinaah berdepan gandingan Taiwan

Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, terpaksa berhempas pulas sebelum melepasi halangan pertama dalam Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia BWF dengan menumbangkan gandingan Taiwan, Sung Shuo Yun-Yu Chien Hui di Istora Senayan, Jakarta sebentar tadi.

Pearly dan Thinaah pada awalnya kelihatan mampu memndominasi lawan tidak ternama berkenaan, bahkan sempat mendahului jauh 15-9 pada pertengahan set pertama tetapi mereka kehilangan momentum sehingga membenarkan lawan menyamakan kedudukan 17-17 dan mujur dapat mengembalikan prestasi sebelum mencatatkan kemenangan 21-19.

Ujian lebih getir dihadapi mereka pada awal set kedua, di mana mereka ketinggalan sebelum kembali mendapatkan rentak untuk mengatasi cabaran sengit lawan berkenaan dengan kemenangan tipis 22-20 selepas secara keseluruhan bertarung selama 40 minit.

Mereka seterusnya akan menantikan pemenang di antara gandingan pilihan kelapan tuan rumah, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti, dan beregu Thailand, Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai, bagi penentuan ke suku akhir esok.