sukan

Simbol empat jari cetus kontroversi

Di kala Sabah FC berjaya menampilkan aksi yang cukup baik di kejohanan jemputan RCTI Premium Sports di Indonesia meskipun menamatkan pertandingan di tangga ketiga namun cara pemain meraikan jaringan dengan simbol empat jari itu seperti ingin memberi tahu sesuatu mesej kepada seseorang.

Perkara itu terjadi ketika perlawanan tempat ketiga dan keempat antara Sabah FC menentang PSIS Semarang dan pemain seperti Saddil Ramdani dan Farhan Roslan antara individu yang seakan-akan bermain teka-teki dengan angka empat itu.

Dalam perlawanan itu, dua jaringan daripada Jafri Chew dan Irfan Fazail sudah cukup untuk memastikan Sabah FC menang 2-1 sekali gus membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai lebih RM47,000.

Sebelum ini, pada bulan April lalu, Pengarah Sabah FC, Mohd Joh Wid ada menyatakan pasukan senior mengalami kelewatan sebulan gaji namun difahamkan ia sudah diselesaikan perkara berkenaan selepas itu.

Mengikut rekod, pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee pada musim ini begitu berhati-hati dalam soal perpindahan pemain dan mereka mengekalkan sebahagian besar pemain lama untuk meneruskan pejuang bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025.

Arena Metro cuba mendapatkan maklumkan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam berpendapat, sebaiknya perkara itu dijawab oleh pasukan Sabah FC sendiri kerana itu adalah tanggungjawab pasukan untuk mengatasi isu berkenaan.

sumber:- HM

Untuk rekod, musim lalu Sabah FC juga terpalit dengan isu tunggakan gaji namun berjaya menampilkan aksi cemerlang untuk menamatkan saingan Liga Super di kedudukan ketiga liga dan melayakkan diri ke peringkat kalah mati sebelum tewas kepada kelab dari Australia, Macarthur FC, 0-3 di peringkat separuh akhir Zon Asean musim lalu.