sukan

Komen pengurus Selangor FC selepas Julang piala pertama musim ini

Penyertaan Selangor FC dalam kejohanan jemputan RCTI Premium Sports di Indonesia yang baharu saja tamat semalam memberi peluang kepada barisan jurulatih mendapatkan pemain terbaik di kalangan terbaik selain memastikan tahap kecergasan kesemua berada di tahap tertinggi dan lebih bersedia apabila saingan Liga Malaysia (Liga M) bermula semula nanti.

Pengurus pasukan Selangor FC, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid berkata, dua perlawanan yang ditempuhi di kejohanan jemputan RCTI itu memberi begitu banyak perkara positif buat pasukan terutama dari segi objektif pasukan.

Jelasnya, kejohanan seperti itu juga memberi peluang kepada pemain untuk menunjukkan sesuatu kepada jurulatih dan itu satu persaingan yang begitu sihat bagi mendapatkan tempat dalam pasukan.

“Pertamanya syukur Alhamdullilah di atas kemenangan yang diperolehi di dalam pertandingan jemputan RCTI (Premium Sports) dan kita merasakan objektif penyertaan pasukan tercapai dengan semua pemain termasuk pemain simpanan yang rata-rata terdiri bakat muda dapat merasai serta terlibat di dalam perlawanan yang diadakan.

“Keputusan positif ini sudah pasti akan dijadikan platform dan momentum terbaik untuk mengharungi pertandingan Piala FA dan Liga M yg berhenti seketika ketika ini,”katanya.

Selain itu, beliau turut berterima kasih kepada penganjur kerana menjalankan pertandingan seperti itu serta menjemput Selangor FC dan memastikan tahap keselamatan pasukan berada dalam keadaan begitu baik.

“Kita ingin mengucpakan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur di atas layanan mesra mereka seterusnya pihak keselamatan, kelab penyokong Persija yang sama-sama membantu perjalanan pertandingan ini.

“Jutaan terima kasih khas kepada Duta Malaysia dan kakitangan di Kedutaan Malaysia di Indonesia yang sudi menerima kunjungan pasukan semasa di Jakarta,”katanya.

Terdahulu, dalam kejohanan itu, Selangor FC memulakan perlawanan menentang Sabah FC dan menang 3-2 untuk bertemu Persija Jakarta di pentas final.

sumber:- HM

Jaringan tunggal oleh Alvin Fortes pada minit ketiga itu sudah cukup untuk memastikan Selangor FC pulang ke Malaysia selaku pasukan juara dan sudah pasti akan menambah semangat pemain untuk meneruskan perjuangan di Liga M musim ini selepas apa yang terjadi termasuk kejadian memilukan pemain mereka, Faisal Halim yang disimbah asid bulan lalu.