sukan

Keputusan aksi wakil Malaysia berdepan Oman di Kejohanan AUFT

Skuad Universiti Malaysia membuka kempen Kejohanan Persekutuan Bolasepak Universiti Asia (AUFT) 2024 dengan langkah kiri apabila tewas 0-1 di tangan Oman pada aksi di Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), hari ini.

Pada aksi terbabit, kedua-dua pasukan tampak bergelut apabila beraksi dalam hujan lebat di awal permainan dan peluang terbaik Oman dalam situasi satu lawan satu pada minit ke-32 diselamatkan penjaga gol UM, Syed Muhammad Irfan Syafiq Syed Mohd Kamil.

Bagaimanapun, Oman mendapat gol kemenangan lima minit berselang menerusi tampanan Ahmed Ibrahim Ahmed Al-Busaidi yang bermula dengan satu sepakan percuma.

Skuad Universiti Malaysia yang lebih dikenali sebagai Harimau Siswa tampil lebih kemas pada babak kedua dengan mencipta beberapa peluang namun tidak cukup untuk menembusi gawang Oman sehingga wisel penamat dibunyikan.

Satu lagi aksi Kumpulan A menyaksikan Korea Selatan berpesta gol apabila membelasah Filipina 8-0 di Arena Sukan Azman Hashim (ASAH) UKM.

Sementara itu, bagi aksi Kumpulan B, seperti dijangka juara bertahan, Jepun tidak berdepan masalah menewaskan Taiwan 3-0 pada aksi sebelah pagi di Stadium UKM.

Jepun beroleh gol menerusi jaringan Ryo Uchikawa pada minit ke-20 disusuli jaringan Hiroki Maezawa pada minit ke-32 sebelum Rei Shibata menambah gol ketiga pada minit ke-86.

sumber:- BH

Satu lagi aksi Kumpulan B menyaksikan jaringan tunggal Quoc Khanh Cao pada minit ke-66 cukup untuk membantu Vietnam menumbangkan Thailand 1-0.

Recent Posts

  • sukan

Sejarah Piala Thomas: Perjalanan pertandingan Badminton

Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More

1 hour ago
  • sukan

Sejarah Badminton: Dari Permulaan Hingga Kejayaan Global

Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More

1 hour ago
  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

5 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

7 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

7 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

8 hours ago