sukan

Kejadian aneh tidak halang Selangor Julang Piala pertama musim ini

Saingan Liga Malaysia (Liga M) 2024/2025 baharu saja membuka tirai namun pencabar utama saingan liga, Selangor FC menjadi pasukan pertama di Malaysia mendakap piala kedua selepas muncul juara kejohanan jemputan RCTI Premium Sports menewaskan Persija Jakarta 1-0 di pentas final, sebentar tadi.

Namun begitu, perjalanan mereka di Indonesia bukanlah mudah apabila sebelum perlawanan akhir itu bermula, bas yang dinaiki oleh pemain Red Giants semalam mengalami ‘musibah’ apabila ia tersangkut di bawah jambatan hingga menyebabkan kenderaan itu tidak boleh bergerak lagi.

Kejadian itu mendapat respons peminat di sana seperti tertawa melihat kejadian itu terjadi kepada pasukan dari Lembah Klang itu.

“Esok (hari ini) Persija (Jakarta) melawan Selangor, basnya hancur, bisa (boleh) sangkut? Bisa di tolong bas ini,” kata peminat sambil melaungkan perkataan juara beberapa kali.

Namun begitu, skuad kendalian Nidzam Jamil membuktikan sebaliknya kejadian ‘aneh’ yang sering terjadi kepada pasukan mereka itu tidak menghalang anak buahnya menampilkan aksi terbaik dalam perlawanan itu.

Jaringan tunggal oleh Alvin Fortes pada minit ketiga itu sudah cukup untuk memastikan Selangor FC pulang ke Malaysia selaku pasukan juara dan sudah pasti akan menambah semangat pemain untuk meneruskan perjuangan di Liga M musim ini selepas apa yang terjadi termasuk kejadian memilukan pemain mereka, Faisal Halim yang disimbah asid bulan lalu.

Terdahulu, Red Giants menewaskan Sabah FC 3-2 dalam perlawanan pertama di RCTI Premium Sports untuk ke final bertemu wakil tuan rumah, Persija Jakarta.

sumber:- HM

Untuk rekod, Selangor FC memenangi piala pertama musim ini adalah di Selangor Asia Challenge sebelum Liga M bermula baru-baru in