sukan

Kehebatan Selangor FC julang kejuaraan dicemburui

Kehebatan pasukan Selangor FC bukan sahaja dicemburui di Malaysia malah ia mendapat perhatian dari penyokong Persija Jakarta apabila bertindak di luar kawalan dengan membakar suar dan membaling barang ke arah padang selepas pasukan kesayangan mereka ketinggalan 1-0 dalam aksi final kejohanan jemputan RCTI Premium Sports, semalam.

Melalui video yang tersebar di media sosial itu, permainan termasuk dihentikan pada minit ke-87 selepas mendapati asap daripada pembakaran suar semakin banyak dan mula mengganggu perlawanan.

Disebabkan itu, kedua-dua pasukan terpaksa membawa diri ke bilik persalinan untuk memastikan keselamatan pasukan terjaga dan sudah pasti bagi Red Giants pula mereka tidak ingin sejarah hitam berulang lagi dalam pasukan.

Meskipun terdapat beberapa minit lagi sebelum masa sebenar tamat tetapi disebabkan keadaan semakin ‘menggila’, perlawanan terpaksa dihentikan serta merta bagi memastikan kedua-dua pasukan tidak mengalami sebarang perkara tidak diingini biarpun ada usaha untuk menyambung semula perlawanan itu.

Selain suar yang di bakar, terdapat juga peminat yang membakar mercun namun difahamkan pemain Selangor FC tidak mengalami sebarang kecederaan daripada kejadian itu.

sumber:- HM

Bukan itu sahaja, tindakan tidak bertamadun itu disusuli dengan rusuhan oleh segelintir peminat seakan-akan sukar untuk menerima keputusan tidak memihak kepada tuan rumah sehingga pasukan keselamatan terpaksa bertindak pantas untuk mengawal daripada berlaku lebih teruk lagi.