sukan

Pelari negara cipta sensasi dengan pecahkan rekod

Pelari negara, Shereen Samson Vellabuoy, terus mencipta sensasi apabila sekali lagi memecahkan rekod kebangsaan miliknya dalam acara 400 meter.

Jaguh olahraga kelahiran Ipoh itu menamatkan perlumbaan Music City Track Carnival di tempat kedua dengan catatan 51.79s.

Ia menyaksikannya memperbaharui rekod 51.80s yang dilakukannya di Mt Sac Relays tahun lalu.

Bagaimanapun, untuk layak secara merit ke Sukan Olimpik Paris pada Julai depan, dia perlu mencatatkan bawah 50.95s sebelum 7 Julai ini.