sukan

Bas pasukan Selangor sangkut di Jakarta menjelang Final malam ini

Tular di media sosial Indonesia apabila bas yang membawa pasukan Selangor ke negara jiran itu tersangkut di bawah sebuah jambatan kerana tidak melepasi had ketinggian yang ditetapkan.

Video yang dikongsi oleh warga tempatan menunjukkan situasi tersebut dengan nada gurauan, mengatakan perlawanan akhir kejohanan empat penjuru antara Selangor dan Persija Jakarta pada malam ini terpaksa dibatalkan, sekaligus memberikan kemenangan automatik kepada Persija Jakarta yang menjulang piala.

sumber:- SA

Gergasi Merah akan berdepan Persija Jakarta dalam perlawanan akhir RCTI Premium Sports pada jam 8.35 malam ini.