sukan

Komen Jun Hao selepas ‘smash’ Ginting

Kejayaan menewaskan pemain ranking ketujuh dunia, Anthony Sinisuka Ginting di pusingan kedua Terbuka Singapura hari ini ternyata memberi kepuasan begitu besar buat pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao.

Menurutnya, dia sudah bertemu Ginting beberapa kali namun tidak pernah menang sebelum ini dan kejayaan itu amat bermakna kerana berjaya mengatasi pemain teratas dunia.

Malah, segala peracangan untuk perlawanan menentang wakil Indonesia itu juga berjalan dengan baik dan itu membolehkan dia tampil lebih konsisten dalam gelanggang tanpa banyak melakukan kesilapan mudah.

“Memang sebelum ini saya pernah jumpa beberapa pemain terbaik dunia tapi yang kali ini saya dapat buat satu ‘surprise’ atau ‘upset’.

“Memang satu kepuasan untuk saya sendiri, satu ‘challenge’ untuk saya terus maju ke depan. Perlawanan tadi memang susah sebab sebelum ini saya pernah jumpa Ginting dua kali dan saya tewas kepada dia.

“Hari ini memang apa yang saya lakukan sebagai persediaan, semua itu lebih jadi kepada saya,” katanya.

sumber:- BH

Untuk aksi suku akhir esok, dia menyedari lawan akan dihadapinya adalah pemain nombor satu dunia dari Denmark, Viktor Axelsen dan pasti ia lebih sukar tetapi dirinya akan melakukan perbincangan lebih lanjut dengan jurulatih untuk perlawanan itu.