sukan

Terbuka Singapura: Wei Chong-Kai Wun cemerlang teruskan kemaraan

Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Kai Wun Tee, menewaskan wakil dari Thailand, Supak Jomkoh Kittinupong Kedren dalam kejohanan Terbuka Singapura BWF di Stadium tertutup Singapura, sebentar tadi.

Beregu di kedudukan ke-20 dunia itu beraksi dengan baik dalam kedua-dua set untuk melakar kemenangan straight set 21-12,21-11.Dalam pusingan kedua nanti mereka dijangkakan bakal bertemu juara Masters Malaysia dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen, esok.

sumber:- SA

Sementara itu, satu lagi wakil perseorangan wanita negara Goh Jin Wei, terpaksa akur selepas tewas kepada bekas pemain nombor satu dunia dari Sepanyol, Carolina Marin, 22-20,21-18, sebentar tadi.