Tonggak pertahanan Terengganu FC (TFC), Safwan Mazlan tekad membalas kepercayaan ketua jurulatih negara selepas terpilih dalam kem latihan kebangsaan menjelang Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.
Jelas pemain berusia 22 tahun itu, pada mulanya dia bagaikan tidak percaya namanya berada dalam senarai skuad Harimau Malaya terutama selepas baharu pulih daripada kecederaan yang dialaminya.
Bagaimanapun pemain kelahiran Batu Rakit itu bersyukur dan berterima kasih kepada pengendali kebangsaan, Kim Pan-gon yang menyenaraikannya buat kali kedua sepanjang kariernya.
“Sejujurnya saya terkejut dan bagaikan tidak percaya nama berada dalam senarai skuad kebangsaan menjelang pusingan kelayakan itu pada Jun depan.
“Ini kerana saya sudah lama tidak beraksi akibat kecederaan selepas menentang Uzbekistan tempoh hari, panggilan ini adalah yang kedua bersama skuad senior.
“Terima kasih yang tidak terhingga buat barisan kejurulatihan skuad kebangsaan yang diketuai Pan-gon kerana memberi kepercayaan sekali lagi kepada saya.
“Insya-Allah saya tidak akan melepaskan peluang keemasan ini dalam membantu skuad negara dalam pusingan kelayakan itu pada bulan depan,” ujar bekas pemain skuad ‘adik’ Terengganu FC II (TFC II) itu yang dinaikkan ‘pangkat’ musim ini.
Selain Safwan, tiga lagi pemain TFC iaitu Engku Muhammad Nur Shakir Engku Yacob yang beraksi di posisi penyerang juga dipanggil jurulatih kelahiran Korea Selatan itu selain dua pemain pinjaman Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid dan pemain kelahiran Terengganu, Safawi Rasid.
Empat lagi pemain iaitu penjaga gol, Suhaimi Husin, dua pemain pertahanan Shahrul Nizam Ros Hasni dan Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili serta pemain sayap Norhakim Hassan disenaraikan dalam pemain bersedia dipanggil.
sumber:- HM
Kem latihan pusat itu adalah sebagai persediaan menghadapi dua aksi wajib menang dalam Kumpulan D menentang Kyrgyzstan di tempat lawan pada 6 Jun depan dan kemudian melayani kunjungan Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil, lima hari kemudian.
Skuad hoki negara terpaksa akur dengan kebangkitan New Zealand selepas tewas 3-4 dalam perlawanan kedua Kumpulan B, Kejohanan Piala Negara-Negara… Read More
Di sebalik prestasi memberangsangkan barisan beregu lelaki negara, Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky memberi peringatan tegas… Read More
Kancah Liga A1 Semi Pro 2025-2026 bakal menjadi pertarungan lebih meriah apabila 16 pasukan mengesahkan penyertaan dalam saingan separuh profesional… Read More
Enam gol terhasil menghiasi pertembungan dua musuh tradisi iaitu Malaysia dan Pakistan yang sekali lagi berakhir dengan keputusan seri buat… Read More
Bekas pemain kebangsaan, S Subramaniam menyifatkan kehadiran ramai pemain warisan dalam skuad kebangsaan dan peningkatan jumlah pemain import di pentas… Read More
Perbezaan kualiti ditampilkan pemain warisan ketika membantu Harimau Malaya membelasah Vietnam 4-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium… Read More