Arne Slot berkata peluang untuk bekerja di salah satu kelab terbesar dunia adalah “sukar untuk ditolak” selepas Liverpool mengesahkan pada Isnin bahawa jurulatih Feyenoord itu akan menjadi pengurus baharu mereka.
Slot, 45, mengesahkan Anfield adalah destinasi seterusnya pada sidang media pra perlawanan terakhirnya di kelab Eredivisie Jumaat lalu.”Sudah tentu bukan satu keputusan untuk melupakan apa yang berlaku ketika anda bersama kelab di mana anda mengalami begitu banyak detik indah dan bekerja dengan jayanya bersama ramai orang yang hebat,” katanya.
“Tetapi sebagai ahli sukan, peluang untuk menjadi ketua jurulatih dalam Liga Perdana, bersama salah satu kelab terbesar di dunia, sukar untuk ditolak.”
Klopp, 56, mengumumkan pada Januari bahawa musim 2023/24 akan menjadi musim terakhirnya di Anfield, dan mengendalikan perlawanan terakhirnya pada hari Ahad, kemenangan 2-0 menentang Wolves.
Sementara itu Kapten Liverpool yang juga dari Belanda, Virgil van Dijk, memuji pendekatan menyerang Slot dan mengatakan ia sesuai dengan falsafah di Anfield.
Bercakap mengenai masa depan di bawah bos baharu itu, Van Dijk berkata: “Ini semua tentang kekal bersama dan memberinya peluang untuk menunjukkan kemampuannya dengan pemain lain yang akan datang.
sumber:- HM
“Dia mungkin sudah tahu tetapi semua orang tahu jangkaan kami sentiasa besar dan ia adalah mengenai menguruskannya dengan cara yang betul dan mendapatkan yang maksimum daripada semua pemain kami.”