Kelantan Darul Naim Football Club (KDN FC) kempunan mengutip tiga mata di laman sendiri apabila tewas 2-3 di tangan Sabah FC dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu, malam tadi.
Pasukan pelawat terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi import, Gabriel Peres yang berjaya menembusi pertahanan tuan rumah untuk mencipta gol pertama Sabah pada minit ke-25.
KDN FC berpeluang menyamakan kedudukan apabila semakan video bantuan pengadil (VAR) menghadiahkan sepakan percuma susulan kekasaran pemain pelawat tetapi disia-siakan Chadrack Muzungu pada minit ke 33.
Sepakan lemah Muzungu mudah dibaca Khairul Fahmi Che Mat yang menjaga gawang Sabah sekali gus membolehkan pelawat mendahului 1-0 sehingga tamat babak pertama.
Bersambung babak kedua, KDN FC yang dibibimbing Park Jaehong berjaya meledak gol penyamaan menerusi tandukan Kim Ri-Gwan yang menewaskan Khairul Fahmi pada minit ke 55.
Kegembiraan skuad Kijang Emas tidak bertahan lama apabila pemain gantian, Stuart Wilkin menggandakan jaringan buat Sabah menerusi percubaan dari luar kotak penalti untuk pasukan itu mendahului 2-1 pada minit ke 64.
Berselang lima minit, kekalutan di hadapan pintu gol tuan rumah dimanfaatkan Ramon Machado yang menolak mudah bola untuk gol ketiga Sabah.
VAR sekali lagi diperlukan untuk mengesahkan tandukan Bae Kyeong Hwan berpunca daripada sepakan percuma Oday Kharoub bagi gol kedua KDN FC.
sumber:_ BH
Meskipun terus melancarkan serangan pada lewat permainan, namun usaha KDN KDN FC untuk sekurang-kurangnya menyamakan kedudukan tidak berhasil sekali gus terpaksa akur dengan kekalahan 2-3 di tangan Sabah.