sukan

Terbuka Thailand: Choong Hon Jian-Haikal terus cemerlang ke suku akhir

Beregu yang sedang meningkat baik, Haikal Nazri-Choong Hon Jian, terus mempamerkan kecemerlangan membenam pasangan dari Thailand, Pharanyu Kaosamaang-Worrapol Thongsa-Nga, sebentar tadi.

Beraksi dengan hanya 33 minit, mereka bejaya menang bersih 21-17 21-10 sebelum memastikan kemaraan mereka ke pusingan seterusnya.

sementara itu,Beregu yang menduduki ranking ke-64 dunia, Wan Muhammad Arif Wan Junaidi-Yap Roy King menggungguli pusingan ke-16 apabila berjaya mengekang asakan pasangan dari Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard.

sumber:- SA

Wan Arif-Roy King mara selepas menjinakkan wakil Denmark, yang berlangsung selama 37 minit.