sukan

Pengganti Faisal Halim

Mengikut pemerhati bola sepak tempatan, Asmawi Bakiri, pengganti terbaik yang wajar diberikan peluang untuk mengisi tempat kosong yang ditinggalkan Faisal Halim berikutan masih dalam tempoh pemulihan adalah pemain tengah, Mukhairi Ajmal Mahadi, yang juga berkemampuan bermain di posisi sayap.

Ini berikutan pemain itu mempunyai tahap keserasian yang baik sejak bersama Selangor walaupun mempunyai pilihan lain di bahagian sayap seperti pemain import baru, Reziq Hani Bani.

Pemain berusia 22 itu juga pernah diberi kepercayaan menyarung lilitan kapten pasukan sebelum ini dengan rekod dalam 29 perlawanan bersama Selangor musim lalu dia berjaya menjaringkan tujuh gol dan empat bantuan jaringan.

“Selangor perlu kembali ke realiti dan fokus pada perlawanan serta meneruskan perjuangan lebih-lebih lagi ketika berdepan Kedah Darul Aman yang menang dalam perlawanan pertama.

“Motivasi yang perlu Selangor ada ialah fokus dan cari kemenangan pertama apabila bermain di tempat sendiri.”Sedikit kelebihan kepada Mukhairi untuk bermain di tempat Faisal Halim ekoran faktor keserasian kerana sudah lama dalam pasukan berbanding Reziq yang baru masuk.

sumber:- SA

“Tetapi kedua-dua pemain itu boleh diturunkan oleh Nidzam Jamil untuk bermain di tempat Faisal Halim nanti.” katanya kepada Nadi Arena.