sukan

Luahan Bruno Fernandes

Kapten Manchester United, Bruno Fernandes, berharap pasukannya wajar ‘menamatkan musim dengan cara terbaik’ berikutan berjaya meraih kemenangan 3-2 berdepan Newcastle United, awal pagi tadi.

Skuad kendalian Erik Ten Hag itu mengelak daripada kekalahan ketiga berturut-turut dengan Fernandes menegaskan mereka mesti mencari jalan untuk menamatkan musim ini secara positif.

Bercakap kepada Sky Sports, dia berkata “Jelas sekali tugas itu belum selesai. Kami masih mempunyai perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan perlawanan final Piala FA.

“Ia adalah musim yang sukar dan kami semua sedar tentang itu. Penyokong begitu mengagumkan dan berada di belakang kami sepanjang musim ini. Kami semua menghargai apa yang mereka lakukan untuk kami.

“Penyokong sangat bagus dan kami terpaksa melakukan sesuatu. Kami telah mencuba tetapi keputusan tidak memihak kepada kami. Kami telah berkerja keras. Ia tidak mencukupi dan kita perlu melakukan dengan lebih baik lagi.

“Kami masih mempunyai dua perlawanan lagi, dan kami perlu menamatkan dengan cara terbaik. Ia tidak wujud, prestasi kapten adalah persembahan pasukan.

“Saya tiada perbezaan dengan sesiapa hanya kerana saya memakai lilitan ketua pasukan. Kami sentiasa melakukan yang terbaik untuk kelab – kami perlu meningikatkan standard kami dalam setiap perlawanan.” katanya.

Dalam pada itu, dia menjelaskan berkenaan masa depannya bersama Manchester United selepas wujud spekulasi bahawa pemain berusia 29 itu akan meninggalkan pasukannya.

sumber:- SA

“Saya akan terus berada di sini selagi kelab mahukan saya dan mahu menjadikan saya sebahagian daripada masa depan kelab.”Jika atas sebab tertentu mereka sudah tidak perlukan saya lagi, maka saya akan pergi.” katanya