sukan

‘si cilik’ gegar satu dunia

Pada Selasa, 14 Mei 2024, Nadi Terkini membawakan perkembangan yang dinanti-nantikan berkenaan hero Malaysia, Faisal Halim, di mana insiden membabitkan beliau bukan setakat menggegarkan satu negara, malah satu dunia.

Nadi Arena edisi 7.30 malam pada hari yang sama turut membawakan wartawan bolasepak, Fina Nasrom, yang berada di lokasi sidang media pada awal hari berkenaan.

Banyak yang dikongsikan Fina Nasrom berkenaan keadaan sebenar — atau realiti pahit yang terpaksa dihadapi keluarga Faisal Halim, khususnya isteri beliau, di mana menurut sumber dikatakan sebagai “down teruk” selepas kejadian.

Namun, hari Selasa membawakan berita yang cukup melegakan semua pihak. Faisal menunjukkan perkembangan positif — jiwa ‘fighter’ enggan mengalahnya bukan setakat diterjemahkan di atas padang.

Berbumbungkan kasih sayang serta doa keluarga, berdindingkan kata-kata semangat bertiup kencang dari Asia ke Eropah dan berlantaikan semangat pejuang yang selayaknya dilabel wira nasional, Faisal Halim kini berada di landasan tepat untuk pulih, sekali lagi membuktikan bahawa hampir mustahil untuk mematikan jiwa sang pendekar.

sumber:- SA

Teruskan berjuang Faisal Halim, sebut sahaja nak kedai nasi kandar mana, nak lauk apa — kami seluruh keluarga Malaysia sentiasa di belakang anda!