sukan

“Saya bila Tuanku Sultan dah bertitah “

Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar menegaskan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sentiasa mengikuti rapat perkembangan kes membabitkan bintang bola sepak negara, Faisal Halim ketika ini.

Jelas Shahril, Sultan Sharafuddin yang juga Penaung Selangor FC berhak untuk mengetahui perkembangan Faisal termasuk proses rawatan dilalui serta siasatan pihak berkuasa.

“Saya bila Tuanku Sultan dah bertitah, maknanya yang pertama Tuanku Sultan ini fokus terhadap isu ini. Saya rasa Baginda tahu apa yang perlu dilakukan. Itu hak Tuanku Sultan, hak Baginda selaku Penaung Selangor FC.

“Saya yakin Tuanku Sultan sednri telah dimaklumkan tentang perkara ini, dan Alhamdulillah Tuanku Sultan selaku Penaung banyak membantu pihak kelab,” katanya.

Sebelum ini, Sultan Sharafuddin memberi perkenan dan menyokong penuh keputusan Selangor FC untuk tidak hadir ke perlawanan Piala Sumbangsih 2024 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Jumaat lalu.

Menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office, baginda bagaimanapun menzahirkan rasa kecewa kerana Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menolak permohonan Selangor FC untuk menangguhkan perlawanan itu.

Selaku penaung Selangor FC, baginda berpandangan susulan berlaku beberapa insiden mengancam nyawa yang membabitkan pemain dan pegawai bola sepak baru-baru ini, adalah bertepatan buat Selangor FC tidak menyertai perlawanan berkenaan yang juga aksi pertama Liga Super musim 2024-25.

sumber:- HM

Sultan Sharafuddin turut menekankan ia bukan sahaja mengenai isu keselamatan, keadaan moral pasukan yang masih terganggu dan terkesan dengan insiden simbah asid yang membabitkan pemain sayap Faisal Halim juga harus diambil kira.