sukan

Impian striker Import Kedah akhirnya tercapai

Impian penyerang import Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Ebenezer Assifuah untuk beraksi bersama skuad utama Sang Kenari dalam saingan Liga Super sejak musim lalu akhirnya tercapai pada musim ini.

Penjaring terbanyak saingan Piala MFL musim lalu dengan 16 gol bersama skuad KDA FC B dipilih semula pada musim ini untuk menyertai skuad senior KDA FC.

“Saya bersyukur, gembira dan tidak sabar memulakan saingan Liga Super kerana impian saya untuk beraksi di peringkat tertinggi itu sejak musim lalu lagi akhirnya tercapai musim ini.

“Saya akui memang saya bekerja keras sejak musim lalu untuk dipilih beraksi di Liga Super, tetapi mungkin rezeki belum sampai, dan apabila mendapat tawaran itu pada musim ini saya rasa teruja dan bersemangat.

sumber:- HM

“Saya bertekad tidak akan melepaskan peluang saya nantikan selama ini dan mahu memastikan saya dapat beraksi pada tahap terbaik bagi membantu Kedah mencapai kejayaan musim ini,” kata pemain dari Ghana berusia 30 tahun itu selepas tamat sesi latihan di di Stadium Darul Aman petang semalam.