Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar, memaklumkan keadaan tonggak Harimau Malaya, Faisal Halim, semakin menunjukkan perkembangan baik.
Tanpa memberikan penjelasan lanjut, Shahril juga berkata, beliau akan mengadakan sidang media sekitar pukul 12.30 tengah hari ini bagi berkongsi perkembangan mutakhir berhubung keadaan Faisal.”Better lah… better (keadaan Faisal).
“Tunggu 12.30 hingga 12.45 saya akan buat sidang media dekat hospital,” kata Shahril kepada Astro AWANI ketika dihubungi sebentar tadi.
Semalam, Shahril juga dilaporkan akan bertemu dengan pakar bedah yang mengendalikan kes Faisal hari ini.
Dalam pada itu, Faisal dianggap ‘istimewa’ oleh barisan doktor pakar yang merawatnya selepas melihat kesan lecuran di anggota badannya menunjukkan tanda pemulihan cukup cepat.
Faisal yang berusia 26 tahun disimbah asid oleh individu tidak dikenali pada serangan yang berlaku di Damansara pada hujung minggu lalu,
Berikutan itu, doktor yang merawatnya berkata, pemain bola sepak kebangsaan itu melecur tahap empat.
sumber:- SA
Selepas menjalani tiga pembedahan di hospital swasta di Shah Alam, Faisal yang pada awalnya agak kritikal disahkan semakin ceria dan menunjukkan perkembangan positif. – Astro Awani
Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More
Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More
'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More
Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More
Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.… Read More
Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More