sukan

Bintang dunia terbaharu doakan Faisal Halim

Bekas pemain All Blacks, Sonny Bill Williams, mengucapkan semoga cepat sembuh buat pemain Selangor, Faisal Halim, yang berdepan insiden hitam baru-baru ini.

Faisal ketika ini menerima rawatan selepas mengalami kelecuran tahap empat apabila disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat membeli belah di Petaling Jaya, 5 Mei lalu.

sumber:- SA

Menerusi laman X Selangor, bekas pemain ragbi antarabangsa Sonny Bill Williams, turut mengucapkan semoga cepat sembuh buat Faisal.