sukan

Lagi Budaya gengsterisme bola Sepak malaysia

Budaya gengsterisme dengan ‘flying kick’ pemain lawan pada aksi Piala Belia 2024 antara Melaka berdepan Sri Pahang FC (SPFC) antara insiden boleh disaksikan pada pertembungan kedua-dua pasukan, semalam.

Menerusi rakaman video yang tular di media sosial, insiden itu bermula dengan aksi tolak-menolak antara beberapa pemain di tepi padang.

Bagaimanapun, situasi bertambah tegang ala gengster apabila semakin ramai pemain yang terbabit dengan aksi tolak-menolak sambil cuba ditenangkan barisan kejurulatihan yang mahu menghentikan pergaduhan itu.

Kemuncak pergaduhan itu adalah apabila seorang pemain SPFC kelihatan menerajang seorang pemain Melaka sehingga terjatuh.Insiden itu menyaksikan pemain simpanan Sri Pahang FC, Adam Syaqir Barzu dilayangkan kad merah pada minit ke-41 kerana menendang pemain Melaka.

Video berkenaan menarik perhatian ramai pihak terutamanya penyokong bola sepak tanah air apabila saingan yang membabitkan ‘ubi muda’ dicemari dengan insiden pergaduhan.

Situasi terbabit juga menimbulkan persoalan masa depan bola sepak tanah air jika budaya gengsterisme atau pergaduhan di peringkat akar umbi tidak mampu ditangani pihak berkaitan.

Mengikut rekod, pergaduhan membabitkan pemain bola sepak bukanlah asing di negara ini apabila sebelum ini terdapat insiden berlaku membabitkan saingan di peringkat amatur.

sumber:- HM

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan FAM ACP (B) Md Dali Wahid ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit dan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan sebaik menerima maklumat terperinci berkaitan kejadian itu.