sukan

Manchester City kembali ke puncak Liga , hampiri Kejuaraan

Manchester City kembali ke persada Liga Perdana Inggeris berbaki seminggu lagi sebelum penamat musim apabila dua gol Josko Gvardiol dan masing-masing satu daripada Phil Foden dan Julian Alvarez melengkapkan kemenangan 4-0 di Fulham sebentar tadi.

City menguasai London menerusi kemenangan ketujuh berturut-turut mereka dalam liga dan ke-16 mengatasi Fulham dalam semua kejohanan seterusnya membawa mereka dua mata di depan Arsenal.

Skuad kendalian Pep Guardiola semakin hampir untuk gelaran liga keempat berturut-turut apabila kini mengumpul 85 mata daripada 36 perlawanan manakala Arsenal 83 mata dan bermain juga 36 perlawanan.

Arsenal boleh kembali merampas kedudukan teratas jika menewaskan Manchester United esok tetapi City yang akan bermain baki perlawanan mereka di Tottenham Hotspur Selasa depan, kini memerlukan dua kemenangan bagi mencipta sejarah.

Pertahanan Croatia, Gvardiol meledak gol pertama pada minit ke-13 selepas bertukar hantaran dengan Kevin De Bruyne dan City menggandakan kelebihan mereka menerusi Foden selepas minit ke-59.

sumber:- BH

Gvardiol kemudian menyambung hantaran lintang Bernardo Silva sebelum Alvarez menyempurnakan penalti pada penghujung perlawanan. – REUTERS