sukan

Komen bintang Manchester United nasib Faisal

Nasib malang yang menimpa pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim turut mendapat perhatian daripada bintang bola sepak dari luar negara.

Terbaru, dua pemain kelab Manchester United, Alejandro Garnacho dan penjaga gol, Andre Onana menzahirkan simpati serta mendoakan kesembuhan buat Faisal.

Menerusi temu bual bersama Stadium Astro, Onana yang juga penjaga gol kebangsaan Cameroon turut memberikan kata-kata semangat kepada pemain Selangor itu.

“Kami mendapat berita mengenai apa yang terjadi (terhadap Faisal). Kami juga merasainya di sini, kami tahu ia tempoh sukar untuk anda dan keluarga.

“Kami semua bersama anda, kekal berjuang dan semoga terus tabah menghadapi situasi ini,” kata Onana.

Terdahulu, Faisal dilaporkan menjadi mangsa simbahan asid oleh individu yang tidak dikenali di sebuah pusat beli belah di Kota Damansara, Ahad lalu.Susulan daripada insiden itu, pemain berusia 26 tahun itu kemudian disahkan mengalami kecederaan melecur tahap empat di beberapa bahagian badan.

sumber:- BH

Dia yang lebih kenali sebagai Mickey ketika ini sedang menjalani rawatan di sebuah hospital swasta di Shah Alam.