Pemain naturalisasi negara, Guilherme De Paula mencetuskan tanda tanya mengenai status kariernya sebagai pemain bola sepak profesional.
Ia susulan tulisannya di laman Instagram miliknya yang seakan memberi bayangan bahawa penyerang berusia 37 tahun itu akan bersara.
Bagaimanapun, luahan yang dibuat De Paula itu kurang jelas, sekali gus meninggalkan persoalan dalam kalangan peminat.
“Terima kasih bola sepak kerana memberikan saya rasa kasih sayang. Kepada rakan-rakan sepanjang perjalanan, terima kasih atas kesetiaan dan kasih sayang anda.
“Kepada yang mengkhianati, terima kasih juga kerana anda mengajar saya untuk menjadi lebih kuat. Saya tidak akan melupakan emosi dan pengajaran yang diberikan oleh bola sepak kepada saya.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan dan ahli perniagaan Valdir, yang memberi sokongan tidak berbelah bahagi, bimbingan dan persahabatan yang setia adalah asas dalam setiap langkah perjalanan profesional saya.
“Saya amat bersyukur kerana memiliki seseorang yang begitu berdedikasi dan boleh dipercayai di sisi saya,” tulis De Paula.
Berdasarkan beberapa komen yang ditinggalkan peminat, ada yang mengucapkan ‘selamat bersara’ kepada De Paula yang pernah beraksi bersama beberapa kelab Liga Malaysia (Liga M).
sumber:- BH
Antara kelab yang pernah di sertai De Paula termasuk Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Johor Darul Ta’zim (JDT) selain dia turut menyarung jersi Harimau Malaya.
Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More
Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More