sukan

Bukan calang-calang, bintang Dunia doakan Faisal Halim

Rasa simpati terhadap tonggak Harimau Malaya Faisal Halim bukan hanya dirasai komuniti bola sepak tempatan namun turut memberi kesan kepada masyarakat antarabangsa.

Hal ini dapat dibuktikan apabila dua bintang Manchester United, Andre Onana dan Alejandro Garnacho turut bersimpati seterusnya mendoakan kesembuhan dan kesejahteraan pemain itu supaya segera pulih daripada kecederaan disimbah asid tempoh hari.

Malah, penjaga gol Manchester United itu mewakili rakan sepasukannya yang lain turut menitipkan kata-kata semangat supaya Faisal terus tabah dan cekal dalam menghadapi musibah itu.

“Kepada Faisal, kami mengetahui apa yang berlaku dan merasai (penderitaan) kamu. Kami tahu bahawa sekarang ini adalah situasi cukup sukar untuk kamu dan juga keluarga.

“Kami iberharap yang terbaik untuk kamu, sentiasa kuat kerana kami sentiasa bersama kamu,” Andre Onana menerusi temubual khas bersama televisyen swasta.

Terdahulu, Faisal disimbah asid oleh individu tidak dikenali pada serangan yang berlaku di Damansara pada Ahad lalu sehingga disahkan melecur tahap empat.

Selepas menjalani tiga pembedahan di hospital swasta di Shah Alam, Faisal yang pada awalnya agak kritikal disahkan semakin ceria dan menunjukkan perkembangan positif.

sumber:- HM

Pada masa sama, Faisal yang juga tonggak Selangor FC (SFC) menerima rawatan standard tertinggi apabila dirawat menggunakan ‘skin allograft’ yang dianggarkan bernilai RM30,000.