Impian Indonesia untuk membuat penampilan dalam saingan Sukan Olimpik Paris tidak kesampaian susulan tewas kepada Guinea dalam aksi play-off yang berlangsung semalam.
Pengendali skuad Garuda Muda, Shin Tae-yong, kekal mempertaruhkan barisan pemain yang turun beraksi dalam saingan Piala Asia B-23.Gerakan bijak pemain Guinea berjaya memerangkap barisan pertahanan Indonesia untuk membenarkan Ilaix Moriba mencatat nama senagai penjaring apabila menyudahkan sepakan penalti yang diberikan pengadil.
Indonesia berusaha mendapatkan jaringan penyamaan menerusi percubaan demi percubaan bagaimanapun gol tunggal Moriba ternyata cukup untuk memastikan Guinea terus membawa cabaran ke pentas berprestij itu.
sumber:- SA
Gol tunggal perlawanan di babak pertama menjulang Guinea hingga ke wisel penamat. Indonesia terpaksa melupakan hasrat untuk ke Olimpik Paris selepas tewas 0-1 kepada Guinea.