sukan

Impian besar Indonesia lebur sekelip mata

Impian besar Indonesia untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris 2024 tidak kesampaian apabila tewas 0-1 kepada Guinea dalam aksi playoff, semalam.

Aksi yang berlangsung di Stadium Pierre Pibarot, Paris itu menyaksikan skuad muda Indonesia terpaksa akur tewas dengan jaringan tunggal Ilaix Moriba selepas pemain itu menyempurnakan sepakan penalti pada babak pertama.

Skuad kendalian Shin Tae-yong sebelum ini terlepas peluang merebut slot automatik ke Paris apabila gagal ke final Piala Asia bawah 23 (B-23) tahun di Qatar selepas tewas 0-2 kepada Uzbekistan di separuh akhir.

Skuad Garuda Muda kemudian terlepas satu lagi peluang untuk meraih slot automatik ke Olimpik selepas tewas 1-2 kepada Iraq dalam penentuan tempat ketiga.

sumber:- BH

Hanya tiga pasukan terbaik di kejohanan Piala Asia B-23 akan meraih tiket ke Paris dan kekalahan kepada Iraq menyaksikan Indonesia terpaksa mengharungi aksi playoff berdepan Guinea.