sukan

Kes Simbah Asid : Polis Jawab spekulasi babitkan Istana

Polis nafi dakwaan berhubung tangkapan suspek ketiga membabit kes simbahan asid ke atas bintang Harimau Malaya, Faisal Halim yang tular hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tangkapan setakat ini masih lagi hanya dua orang seperti yang dilaporkan sebelum ini.

“Kita masih teruskan siasatan dan saya dah (sudah) minta pengarah (Jabatan Siasatan Jenayah) sendiri ke tempat kejadian untuk ‘restructure’ semula (kejadian) dan tengok apa yang boleh kita dapat lagi.

“Ada yang tanya ada hantaran berhubung tangkapan ketiga, itu tak ada, negatif,” katanya ketika ditemui di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2024 dan Keselamatan Antarabangsa (Natsec), di sini hari ini.

Mengulas berhubung komen hangat dan spekulasi netizen di media sosial beliau mengulangi amarannya sebelum ini supaya orang ramai tidak membuat kesimpulan sendiri berhubung isu terbabit.

Katanya, mustahil bagi PDRM menyiasat segala dakwaan dan spekulasi di media sosial namun jika ia berasas pihaknya akan menjalankan siasatan.

“Ini (spekulasi hangat) tak bagus, saya dah (sudah) ulang banyak kali jangan speculate (spekulasi), ini tak bagus. Bila menyebut sampai membabitkan Istana perkara ini tidak sepatutnya berlaku sebab kita pun belum dapat motif sebenar (serangan asid).

“Tetapi orang ramai seolah-olah membuat fitnah berdasarkan ‘siasatan’ yang dia (netizen) dapat dari mana kita pun tidak tahu,” katanya.

Dalam pada itu beliau menyarankan pengurusan kelab bola sepak tempatan supaya menyediakan perkhidmatan keselamatan tambahan buat pemain mereka.

sumber:- HM

Katanya, PDRM sememangnya sudah meningkatkan kawalan keselamatan buat pemain-pemain bola sepak berkenaan namun tidak mampu untuk memantau setiap pemain sepanjang masa.